Petikan dari kitab Ayyuhal Walad:
Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorang yang suka memberi nasihat atau memperingatkan orang lain, kerana pekerjaan ini banyak mengandungi penyakit, kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkan dengan apa yang engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati orang lain. Dan hendaklah engkau fikirkan pada apa yang pernah dikatakan kepada nabi Isa a.s :
"Wahai anak maryam, nasihatlah dirimu, dan apabila engkau mengamalkan dengan isi nasihatmu, barulah engkau layak memberi nasihat kepada orang lain. Jikalau tidak maka hendaklah engkau malu kepada Tuhanmu" .