Majlis Maulud Nabi (Rumah Baba)
Baba telah menjemput saya ke majlis tersebut yang diadakan pada 31/3/2011 dirumahnya selepas Solat Isyak. Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 150 orang jemaah. Majoriti nya budak-budak pondok. Jamuan pada majlis kali ini ialah kari kambing. (3 ekor kambing). Aturcara majlis telah dimulakan dengan solat Isyak secara berjemaah, bacaan ayat Al-Quran dari Qari yang terpilih, Marhaban dari sekolah Maahad Tahfiz, Nasyid Selawat dari Kumpulan Nasyid Selawat Abe Dee,Tazkirah dan Doa Selamat oleh Baba.
Pesanan dan Pengalaman Baba pada Majlis kali ini yang sempat aku catatkan adalah:
# Menjaga bumi Kelantan sebagai negeri serambi mekah yang banyak melahirkan wali-wali Allah. Contohnya Tok Selehong dan Tok Kenali.
#Rakyat Kelantan adalah masyarakat yang paling menghormati tetamu.
# Baba menceritakan berkenaan pengalaman beliau bertemu Aulia Tahrim dan Mufti Hadratul Maut.
# Menyampaikan pesanan Habib Omar seorang dari keturunan Rasulullah S.A.W. kepada jemaah di Kelantan.
#Memuji Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul yang telah banyak berkorban untuk umatnya.