Pada 8 April 2011 saya telah dijemput sendiri oleh Baba untuk menghadiri program ziarah dari rakannya Habib Abd. Rahman dari Yaman. Program tersebut berlangsung di Masjid Geting, Tumpat selepas solat Isyak. Habib Abd. Rahman telah menyampaikan tazkirah ringkas (dalam bahasa arab) dengan diterjemahkan oleh seorang ustaz. Habib Abd. Rahman berkata kunjungannya ke sini adalah balasan daripada ziarah Baba ke Yaman tempoh hari. Antara isi tazkirah yang disampaikan olehnya pada malam tersebut adalah seperti berikut:
1) Lawatan yang dilakukan ini adalah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W iaitu menziarahi orang-orang yang soleh.
2) Menerangkan bagaimana untuk mendapat kemanisan iman, iaitu dengan mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya, menunjukkan cinta pada Allah dengan mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita dan mencintai seseorang kerana Allah iaitu tidak bertemu hanya kepada Allah dan tidak berpisah hanya kerana Allah.
3) Menceritakan berkenaan wali Allah Uwais bin Amir yang hidup dizaman Rasulullah.
4) Menyuruh semua jemaah berdoa dengan sebenar-benar doa.
Majlis pada malam tersebut telah dihadiri ribuan jemaah dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Baba dan Habib Abd. Rahman.
Jamuan makan malam telah disediakan oleh pihak AJK Masjid Geting, Tumpat. Alhamdulillah saya berpeluang untuk bersama Habib Abd. Rahman secara dekat kerana mendapat restu dari jemaah Baba untuk makan bersama-sama beliau.