Sebelum solat Isyak tadi aku ada membelek buku Fiqh Solat yang dikarang oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut (Muhammad) al- 'idrusi. Kitab ini diajar oleh Ust. Ramli pada tiap-tiap hari Rabu malam Khamis di Masjid Sri Cemerlang Kota Bharu. Perkara yang ingin saya kongsikan bersama adalah berkenaan hikmat sembahyang iaitu faedah terhadap orang yang melaksanakannya pada muka surat 24 para 4 yang menerangkan seperti berikut:
Perbuata-perbuatan, kelakuan-kelakuan dari bacaan-bacaan dalam sembahyang mendidik dan mengasuh seseorang berakhlak mulia seperti ikhlas, bersopan santun, baik tutur kata, menjaga maruah diri, malu mendedahkan aurat di khalayak ramai. berperibadi lurus, merendah diri tidak angkuh sombong, mesra, harmoni, ta'at dan lain-lain sifat yang mulia.
Marilah kita renungkan bersama.