Bagaimana mencari kebenaran itu sendiri merupakan ranjau sukar yang terpaksa diharungi. Mencari kebenaran bukan satu usaha yang mudah. Lebih-lebih lagi pada zaman ini. Mencari kebenaran itu ibarat mencari intan dalam timbunan kaca yang berkelip-kelipan macam intan juga.
Silap-silap bukan intan yang kita perolehi tetapi adalah kaca. Mengapa? sebabnya, dihari ini kalau kita kurang berhati-hati, kita akan terperangkap dengan kebenaran yang bercampur aduk dengan kebatilan. Pada zaman Rasullullah orang yang menerima peringkat awal tentang ajaran Rasulullah hanyalah seramai 313 orang. Itu pun pelbagai ranjau dan halangan terpaksa nabi tempuh termasuk baginda di tohmah dan di fitnah.
Kalau ditinjau dari segi keseluruhan, umat islam yang tunduk kepada kebenaran itu adalah sedikit sekali. Oleh yang demikian kita mesti bersungguh-sungguh untuk mendapat jalan yang benar itu dengan mencari guru yang betul-betul dapat memimpin kita kearah destinasi kebenaran. (untuk renungan diri sendiri)