Di Awal bulan Mac tahun 2011 saya telah pun mula menggunakan smartphone Blackberry Bold Model 9700. Dalam masa 1 bulan ini banyak telah saya pelajari cara-cara penggunaan smartphone tersebut. Aplikasi yang tiada didalam telefon lain adalah aplikasi Blackberry Messenger. Anda boleh add rakan-rakan lain (pengguna blackberry sahaja) sama ada di dalam group atau personal chat. (Gambar Blackberry saya tu seperti gambar diatas, tujuannya bukan nak menunjuk sebab semua orang berpendapatan sederhana mampu pakai telefon ni).
Apa yang menarik perhatian saya disini ada satu group talk yang diberi nama Murai Moorey yang dikendalikan oleh seorang Ustaz. Apa yang menarik perhatian saya juga adalah apabila melihat atau menerima post-post dari member group talk tersebut. Ustaz sendiri sering menghantar post-post yang menyatakan sebagai contoh:
" panggilan subuh" , " nak solat dhuha" dan lain-lain yang menyatakan tentang ibadat yang dia akan buat. Dalam masa yang sama juga member-member lain tengah rancak membincangkan benda-benda mengarut.
Ibadat kita ni tak payah lah kita beritahu orang. Pada zaman Rasullullah dan Sahabat dahulu mereka semua bersembunyi dalam melakukan kebaikan. Hendak bersedekah pun pada tengah-tengah malam. Dimana keikhlasan kita dalam melakukan ibadat jika setiap kali kita hendak melakukannya kita beritahu orang yang kita nak buat itu dan ini.
Saya pun terus delete group tu... Malas cakap banyak dah...