Dosa Kecil yang Berulang akan menjadi Dosa Besar

Dosa kecil menjadi dosa besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al- Basri tidak ada dosa kecil apabila dilakukan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istigfar.

Menurut az- Zanabi dalam bukunya al-Kabair, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:

# Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.

# Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.

# Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.

# Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.

# Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.

# Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.

# Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang.



Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut diatas. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama tinggalkan dosa-dosa kecil yang sentiasa kita ulangi, semoga kita sentiasa di beri kekuatan iman, petunjuk dan hidayah dalam menghadapi bisikan syaitan yang dilaknat oleh Allah S.W.T.