Pada masa kini iklim politik di Malaysia telah dilanda dengan fitnah yang membeban fikiran rakyat. Pelbagai isu telah diutarakan sama ada dari pihak pemerintah ataupun pihak pembangkang yang mana isu-isu itu (tidak perlu disebut satu-persatu) kita sendiri tidak tahu apakah ianya benar-benar berlaku atau sebaliknya.
Sistem pemerintahan di Malaysia tidak dirasai keberkatannya.
Semasa perintahan Umar bin Abd. Aziz beliau sedia ditegur oleh semua lapisan masyarakat dan tidak hanya terhad kepada golongan-golongan eksekutif. Umar bin Abdul Aziz bangun dari tidur apabila ditegur oleh anakanda nya yang menyatakan: " Ayah urusan negara masih belum selesai".
Ayah ku pernah bercerita berkenaan Umar Abd. Aziz semasa perjalanan aku bersama nya ke satu destinasi. Ayah menyatakan semasa zaman pemerintahan Umar Abd. Aziz, penternak dan pengembala biri-biri tidak risau dengan serangan serigala kerana keberkatan yang diberikan oleh Allah S.W.T terhadap keadilan pemerintahannya.