Perasaan dan perbuatan oleh manusia tidak boleh dijangka. Perasaan sentimental membuatkan jiwa manusia tenang terutamanya bila mendengar lagu yang mendayu-dayu. Lagu-lagu itu mungkin membuatkan seseorang itu mengingati kisah-kisah hidupnya yang lalu, peristiwa gembira dan sedih yang pernah dilalui yang mana ianya semua adalah pengalaman yang tidak ternilai.
Pemberian hadiah dari seorang yang mempunyai perhubungan isitimewa dengan kita juga mebuatkan barangan tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada kita. Walaupun harganya tidak seberapa. Adakah kita pernah melalui saat-saat itu?.
Kenapa kita menyimpan semua gambar-gambar lama dirumah atau di mana-mana sahaja? gambar-gambar tersebut adalah alasan sebenar dalam menunjukkan perasaan sentimental kita terhadap kenangan yang lalu.