Assalamualaikum.. lama sudah saya tidak kemaskini blog ini.. ok.. berkait tajuk diatas, ramai dari kita tidak tahu susunan fadhilat solat jemaah yang mana perlu kita utamakan.. ramai yang membuat andaian sendiri dengan menyatakan solat jemaah yang paling afdal ialah solat subuh berjemaah, kemudian solat asar berjemaah, selepas itu solat zohor berjemaah, kemudian solat isyak berjemaah dan yang terakhir sekali solat maghrib berjemaah.. tapi sebenarnya susunan itu adalah salah..
Disini saya sampaikan sususan tertib fadhilat sembahyang berjamaah yang terafdhal seperti berikut:
1) Berjemaah sembahyang Jumaat
2) Berjemaah sembahyang Subuh hari Jumaat
3) Berjemaah sembahyang Subuh pada hari-hari lain
4) Berjemaah sembahyang Isyak
5) Berjemaah sembahyang Asar
6) Berjemaah sembahyang Zohor
7) Berjemaah sembahyang Maghrib
Itulah sususan yang betul.. merujuk kepada Kitab Fiqh Solat.. dari kuliah Ust Ramli (Masjid Sri Cemerlang) .. Jadi beramallah kita dengan Ilmu... :)