Petikan dari kitab Ayyuhal Walad:
Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorang yang suka memberi nasihat atau memperingatkan orang lain, kerana pekerjaan ini banyak mengandungi penyakit, kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkan dengan apa yang engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati orang lain. Dan hendaklah engkau fikirkan pada apa yang pernah dikatakan kepada nabi Isa a.s :
"Wahai anak maryam, nasihatlah dirimu, dan apabila engkau mengamalkan dengan isi nasihatmu, barulah engkau layak memberi nasihat kepada orang lain. Jikalau tidak maka hendaklah engkau malu kepada Tuhanmu" .
Antara Gambar Ustaz Jemaah Baba
Ustaz Baharin (Gambar atas)
Ustaz Tengku (Gambar bawah)
*kata-kata ustaz Tengku kepada saya : Islam is peaceful.
Habib Abd. Rahman Melawat Baba (Islam is Peaceful)
Pada 8 April 2011 saya telah dijemput sendiri oleh Baba untuk menghadiri program ziarah dari rakannya Habib Abd. Rahman dari Yaman. Program tersebut berlangsung di Masjid Geting, Tumpat selepas solat Isyak. Habib Abd. Rahman telah menyampaikan tazkirah ringkas (dalam bahasa arab) dengan diterjemahkan oleh seorang ustaz. Habib Abd. Rahman berkata kunjungannya ke sini adalah balasan daripada ziarah Baba ke Yaman tempoh hari. Antara isi tazkirah yang disampaikan olehnya pada malam tersebut adalah seperti berikut:
1) Lawatan yang dilakukan ini adalah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W iaitu menziarahi orang-orang yang soleh.
2) Menerangkan bagaimana untuk mendapat kemanisan iman, iaitu dengan mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya, menunjukkan cinta pada Allah dengan mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita dan mencintai seseorang kerana Allah iaitu tidak bertemu hanya kepada Allah dan tidak berpisah hanya kerana Allah.
3) Menceritakan berkenaan wali Allah Uwais bin Amir yang hidup dizaman Rasulullah.
4) Menyuruh semua jemaah berdoa dengan sebenar-benar doa.
Majlis pada malam tersebut telah dihadiri ribuan jemaah dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Baba dan Habib Abd. Rahman.
Jamuan makan malam telah disediakan oleh pihak AJK Masjid Geting, Tumpat. Alhamdulillah saya berpeluang untuk bersama Habib Abd. Rahman secara dekat kerana mendapat restu dari jemaah Baba untuk makan bersama-sama beliau.

Hikmat Sembahyang
Sebelum solat Isyak tadi aku ada membelek buku Fiqh Solat yang dikarang oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut (Muhammad) al- 'idrusi. Kitab ini diajar oleh Ust. Ramli pada tiap-tiap hari Rabu malam Khamis di Masjid Sri Cemerlang Kota Bharu. Perkara yang ingin saya kongsikan bersama adalah berkenaan hikmat sembahyang iaitu faedah terhadap orang yang melaksanakannya pada muka surat 24 para 4 yang menerangkan seperti berikut:
Perbuata-perbuatan, kelakuan-kelakuan dari bacaan-bacaan dalam sembahyang mendidik dan mengasuh seseorang berakhlak mulia seperti ikhlas, bersopan santun, baik tutur kata, menjaga maruah diri, malu mendedahkan aurat di khalayak ramai. berperibadi lurus, merendah diri tidak angkuh sombong, mesra, harmoni, ta'at dan lain-lain sifat yang mulia.
Marilah kita renungkan bersama.

Haji Hamid (Tok Imam dan Guru Al-Quran Masjid Tinggi,Bagan Serai)
Haji Hamid adalah seorang guru Al-Quran untuk keluarga saya di kampung. Haji Hamid sangat teliti dalam pengajarannya dan amat menitik berat soal hukum-hukum tajwid serta memastikan semua sebutan huruf dilafazkan dengan betul. Semasa gambar ini dirakam, Hj Hamid, Ayah dan saya baru sahaja selesai menikmati sarapan pagi di kedai kari Abu.
Mencari Kebenaran
Bagaimana mencari kebenaran itu sendiri merupakan ranjau sukar yang terpaksa diharungi. Mencari kebenaran bukan satu usaha yang mudah. Lebih-lebih lagi pada zaman ini. Mencari kebenaran itu ibarat mencari intan dalam timbunan kaca yang berkelip-kelipan macam intan juga.
Silap-silap bukan intan yang kita perolehi tetapi adalah kaca. Mengapa? sebabnya, dihari ini kalau kita kurang berhati-hati, kita akan terperangkap dengan kebenaran yang bercampur aduk dengan kebatilan. Pada zaman Rasullullah orang yang menerima peringkat awal tentang ajaran Rasulullah hanyalah seramai 313 orang. Itu pun pelbagai ranjau dan halangan terpaksa nabi tempuh termasuk baginda di tohmah dan di fitnah.
Kalau ditinjau dari segi keseluruhan, umat islam yang tunduk kepada kebenaran itu adalah sedikit sekali. Oleh yang demikian kita mesti bersungguh-sungguh untuk mendapat jalan yang benar itu dengan mencari guru yang betul-betul dapat memimpin kita kearah destinasi kebenaran. (untuk renungan diri sendiri)

Gambar Kampung Halaman
Gambar untuk tenangkan jiwa.. lihatlah sungai yang mengalir dan pohon-pohon.. yang menjadi hiasan di bumi Allah.. indahnya ciptaan Allah.. wanita juga perhiasan dunia.. bak lirik nasyid dari kumpulan inteam tu.. wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..
Buah pisang merupakan salah satu buah yang akan berada di syurga.. Pokok pisang hanya berbuah sekali sahaja.. Maknanya seluruh pokok berkorban untuk menghasilkan buahnya.. Di kampung saya memang banyak pokok pisang.. Ayah pun ada tanam..
Majlis Maulud Nabi (Rumah Baba)
Baba telah menjemput saya ke majlis tersebut yang diadakan pada 31/3/2011 dirumahnya selepas Solat Isyak. Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 150 orang jemaah. Majoriti nya budak-budak pondok. Jamuan pada majlis kali ini ialah kari kambing. (3 ekor kambing). Aturcara majlis telah dimulakan dengan solat Isyak secara berjemaah, bacaan ayat Al-Quran dari Qari yang terpilih, Marhaban dari sekolah Maahad Tahfiz, Nasyid Selawat dari Kumpulan Nasyid Selawat Abe Dee,Tazkirah dan Doa Selamat oleh Baba.
Pesanan dan Pengalaman Baba pada Majlis kali ini yang sempat aku catatkan adalah:
# Menjaga bumi Kelantan sebagai negeri serambi mekah yang banyak melahirkan wali-wali Allah. Contohnya Tok Selehong dan Tok Kenali.
#Rakyat Kelantan adalah masyarakat yang paling menghormati tetamu.
# Baba menceritakan berkenaan pengalaman beliau bertemu Aulia Tahrim dan Mufti Hadratul Maut.
# Menyampaikan pesanan Habib Omar seorang dari keturunan Rasulullah S.A.W. kepada jemaah di Kelantan.
#Memuji Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul yang telah banyak berkorban untuk umatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)