Di Awal bulan Mac tahun 2011 saya telah pun mula menggunakan smartphone Blackberry Bold Model 9700. Dalam masa 1 bulan ini banyak telah saya pelajari cara-cara penggunaan smartphone tersebut. Aplikasi yang tiada didalam telefon lain adalah aplikasi Blackberry Messenger. Anda boleh add rakan-rakan lain (pengguna blackberry sahaja) sama ada di dalam group atau personal chat. (Gambar Blackberry saya tu seperti gambar diatas, tujuannya bukan nak menunjuk sebab semua orang berpendapatan sederhana mampu pakai telefon ni).
Apa yang menarik perhatian saya disini ada satu group talk yang diberi nama Murai Moorey yang dikendalikan oleh seorang Ustaz. Apa yang menarik perhatian saya juga adalah apabila melihat atau menerima post-post dari member group talk tersebut. Ustaz sendiri sering menghantar post-post yang menyatakan sebagai contoh:
" panggilan subuh" , " nak solat dhuha" dan lain-lain yang menyatakan tentang ibadat yang dia akan buat. Dalam masa yang sama juga member-member lain tengah rancak membincangkan benda-benda mengarut.
Ibadat kita ni tak payah lah kita beritahu orang. Pada zaman Rasullullah dan Sahabat dahulu mereka semua bersembunyi dalam melakukan kebaikan. Hendak bersedekah pun pada tengah-tengah malam. Dimana keikhlasan kita dalam melakukan ibadat jika setiap kali kita hendak melakukannya kita beritahu orang yang kita nak buat itu dan ini.
Saya pun terus delete group tu... Malas cakap banyak dah...
Sentimental
Perasaan dan perbuatan oleh manusia tidak boleh dijangka. Perasaan sentimental membuatkan jiwa manusia tenang terutamanya bila mendengar lagu yang mendayu-dayu. Lagu-lagu itu mungkin membuatkan seseorang itu mengingati kisah-kisah hidupnya yang lalu, peristiwa gembira dan sedih yang pernah dilalui yang mana ianya semua adalah pengalaman yang tidak ternilai.
Pemberian hadiah dari seorang yang mempunyai perhubungan isitimewa dengan kita juga mebuatkan barangan tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada kita. Walaupun harganya tidak seberapa. Adakah kita pernah melalui saat-saat itu?.
Kenapa kita menyimpan semua gambar-gambar lama dirumah atau di mana-mana sahaja? gambar-gambar tersebut adalah alasan sebenar dalam menunjukkan perasaan sentimental kita terhadap kenangan yang lalu.

Etika Duduk dan Berdiri
Namun, di dalam budaya kita yang istimewa ini, ada baiknya anda berdiri sejenak ketika bersalaman maupun berkenalan dengan orang lain. Selanjutnya jika telah bersalaman barulah kita boleh duduk kembali
Jika orang yang menziarahi kita itu adalah orang yang kita hormati, hendaklah orang yang kita hormati itu duduk dahulu barulah kita duduk.
Begitu pula jika tetamu yang datang kerumah kita hendak pulang, tidak ada salahnya jika kita berdiri sejenak dan bersalam dengan nya.
@ terjemahan dari http://etika-wanita.blogspot.com/
Berdoa
Berdoalah seperti kamu berdoa semasa sakit kerana doa ketika itu adalah doa yang paling ikhlas kerana ketika itu juga fikiran kita tidak langsung ingat pada keindahan dunia. :)
Pilihan untuk ke Syurga atau Neraka
Perkara ini pernah diutarakan oleh Ayah ku. Beliau menyatakan didalam kehidupan kita tidak boleh didalam masa yang sama duduk dan berdiri. Kita sendiri perlulah membuat keputusan samaada hendak duduk ataupun berdiri. Insya Allah marilah kita pilih jalan ke syurga dan berkorbanlah untuknya dengan taubat. I need to find my way back to the start....
Iklim Politik Malaysia dan Umar Abd Aziz
Pada masa kini iklim politik di Malaysia telah dilanda dengan fitnah yang membeban fikiran rakyat. Pelbagai isu telah diutarakan sama ada dari pihak pemerintah ataupun pihak pembangkang yang mana isu-isu itu (tidak perlu disebut satu-persatu) kita sendiri tidak tahu apakah ianya benar-benar berlaku atau sebaliknya.
Sistem pemerintahan di Malaysia tidak dirasai keberkatannya.
Semasa perintahan Umar bin Abd. Aziz beliau sedia ditegur oleh semua lapisan masyarakat dan tidak hanya terhad kepada golongan-golongan eksekutif. Umar bin Abdul Aziz bangun dari tidur apabila ditegur oleh anakanda nya yang menyatakan: " Ayah urusan negara masih belum selesai".
Ayah ku pernah bercerita berkenaan Umar Abd. Aziz semasa perjalanan aku bersama nya ke satu destinasi. Ayah menyatakan semasa zaman pemerintahan Umar Abd. Aziz, penternak dan pengembala biri-biri tidak risau dengan serangan serigala kerana keberkatan yang diberikan oleh Allah S.W.T terhadap keadilan pemerintahannya.

Dosa Kecil yang Berulang akan menjadi Dosa Besar
Dosa kecil menjadi dosa besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al- Basri tidak ada dosa kecil apabila dilakukan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istigfar.
Menurut az- Zanabi dalam bukunya al-Kabair, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:
# Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
# Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
# Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
# Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
# Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
# Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
# Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang.
Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut diatas. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama tinggalkan dosa-dosa kecil yang sentiasa kita ulangi, semoga kita sentiasa di beri kekuatan iman, petunjuk dan hidayah dalam menghadapi bisikan syaitan yang dilaknat oleh Allah S.W.T.

Subscribe to:
Posts (Atom)