Surah Al Kahfi dan Ust. Haji Zul
Ust. Haji Zul baru-baru ini (lebih kurang 3 minggu lepas di perkarangan Masjid Muhammadi) ada memberitahu ku berkenaan kelebihan Surah Ashabul Kahfi yang mana surah tersebut boleh mengelakkan kita dari bencana dan bala.. Disini ku sisipkan gambar stiker surah Al Kahfi (boleh didapati di toko jualan depan Masjid Muhammadi atau di Kedai Buku Agama Jaafar Rawas Kota Bharu dekat dengan pej. Tabung Haji lama)... boleh juga download dan print dari blog ini.. Ust. Haji Zul suruh letak dalam kereta atau dirumah untuk mengelak apa-apa perkara yang tidak kita ingin kan. Ust Haji Zul juga beritahu berkenaan kelebihan madu lebah yang baik untuk jantung. Walaubagaimana pun ust. Haji Zul pesan, semua perkara tersebut adalah dari ketentuan Allah s.w.t jua. Dan dia suruh kita berusaha. Selepas itu saya mengajak Hj. Zul makan mee rebus di sebuah restoran berdekatan Masjid Muhammadi. Ust. Hj Zul adalah seorang ust. Tassawuf yang bagus dan seorang tabligh.Tugasnya adalah mengajar di sekitar masjid dan surau di Kelantan. Dia memakai van Mitshubishi warna hijau yang telah berumur lebih kurang 20 tahun keatas. (Saya pernah naik van tu). Aku tanya ust: "Ust. Van ni brand apa?". Ust Haji Zul kata: " Van ni jenis Mitshubishi..Van ni susah dah nk cari spare part, tapi dari saya pakai kereta kancil baik pakai van ni boleh bawa barang banyak sikit".