Rumah Teh
Assalamualaikum wbt. Pada petang tadi saya telah melawat Teh, ibu saudaraku di Kg. Mengabang Telong, Kuala Terengganu. Terasa lama sangat tak melawat Teh. Alhamdullilah Teh sihat adanya. Sampai sahaja di rumah Teh terasa ketenangan di jiwa ku apabila dapat mencium tangan nya. Teh kata : Doh nak balik baru sampai". Aku jawab sambil tersenyum : " Takpelah Teh, janji dapat jumpa Teh". Dahulu Teh pernah menjaga ku semasa kecil. Banyak kami bincangkan bersama perkara-perkara berkaitan agama. Teh memang seorang yang kuat berpegang teguh kepada hukum-hukum Allah. Teh juga suka baca buku berkaitan alam kubur, sakaratul maut dan fardhu ain (berulang-ulangkali dan siap tanda tempat-tempat yang menarik perhatian). Apa yang paling menarik Teh ada pesan pada ku bahawa matilah yang boleh mengingatkan kita pada Allah. Teh juga ada menceritakan tentang aktiviti usrah di kampung itu yang giat dilaksanakan. Meraka mejalankan aktiviti membaca surah Yasin dari rumah ke rumah beserta bertahlil. Dalam masa yang sama Teh pinjamkan 2 buku untuk aku baca. Pertama Alam Kubur dan yang kedua Alam Ghaib (Israk dan Mikraj). Teh pesan supaya pulangkan balik buku tu pada dia. Tersenyum aku. Aku juga pesan pada Teh supaya sentiasa doakan aku yang banyak buat dosa. Seterusnya aku memuji Teh dengan berkata : " Teh ni bagus lah..". Tersenyum Teh sambil dia menerangkan isi-isi setiap buku agama yang dibelinya.