Azan di Surau Depan Rumah Teh
Lepas makan di rumah Teh (Teh buat Lempeng Kelapa), Teh suruh aku pergi jemaah solat Maghrib di surau depan rumah dia. Teh pesan kalau seorang lelaki selagi dia dapat dengar Azan dia kena pergi berjemaah. Teh suruh aku azan kat surau tu. Teh kata: " Awang gi lah azan kat surau nu.. nanti demo dengar suara orang lain mesti ramai yang turun". Aku jawab : " hehe Teh ni.. nanti terkejut pula orang kampung..". Di takdirkan Allah, semasa aku menunggu orang azan di surau tu aku tengok seorang lelaki bergegas ke surau. Aku fikir ni mesti Tok Bilal surau ni. Aku pun bergegas juga ke surau sebab surau-surau berdekatan pun dah mula azan. Bila aku sampai je di surau (dekat je.. depan rumah Teh) aku tanya pakcik tu nak 'bang' ke? pakcik tu jawab dengan soalan :" Ohh Demo nak bang ke?" sambil dia membuka kunci surau dan pasangkan lampu. Aku jawab balik : " Emm boleh gok.. tapi lama sangat dah tak bang..". Pakcik tu tanya aku balik : "Buleh ke?" sambil dia pasangkan P.A System surau. Aku jawab : "Buleh...... ". Sebelum azan aku sempat lagi tanya kat pakcik tu : "Tok Iman mana?". Jawab pakcik : "Lepas bang nanti dia mari.. ah..". Lepas tu pakcik tu terus blah dari surau, sebab dia masih belum bersiap lagi. Apalagi Azan lah aku kat surau tu. Masin betul mulut Teh ni kan?. Lepas Azan je aku menunggu Tok Imam dan lain-lain makmum sambil belek-belek buku agama di atas meja surau. Alhamdullilah mereka datang. Selepas itu kami sama-sama Solat Maghrib berjemaah sehingga selesai. Selesai sahaja berjemaah aku pulang semula ke rumah Teh, aku tergelak-gelak bila Teh kata: " Mu bang takdi?"...