Malapetaka Tsunami

Gambar ini betul-betul menarik perhatian ku. Aku lihat gambar ini digantung di rumah Pak Su Haji. Hayati bersama. Post yang akan datang akan ku ceritakan berkenaan Tok Guru hebat Pak Su Haji.

Kunjungan Al- Habib Umar ke Kelantan

Baru-baru ini Al-Habib Umar telah hadir melawat bumi Kelantan. Ceramahnya di Masjid Muhammadi di hadiri oleh ribuan orang (seperti suasana solat Jumaat). Sama-samalah kita kenali Ulama besar ini. Untuk makluman juga Al-Habib Umar pernah melawat baba. Astro juga pernah menerbitkan dokumentari mengenai pusat pengajian nya di timur tengah.

Surah Al Kahfi dan Ust. Haji Zul


Ust. Haji Zul baru-baru ini (lebih kurang 3 minggu lepas di perkarangan Masjid Muhammadi) ada memberitahu ku berkenaan kelebihan Surah Ashabul Kahfi yang mana surah tersebut boleh mengelakkan kita dari bencana dan bala.. Disini ku sisipkan gambar stiker surah Al Kahfi (boleh didapati di toko jualan depan Masjid Muhammadi atau di Kedai Buku Agama Jaafar Rawas Kota Bharu dekat dengan pej. Tabung Haji lama)... boleh juga download dan print dari blog ini.. Ust. Haji Zul suruh letak dalam kereta atau dirumah untuk mengelak apa-apa perkara yang tidak kita ingin kan. Ust Haji Zul juga beritahu berkenaan kelebihan madu lebah yang baik untuk jantung. Walaubagaimana pun ust. Haji Zul pesan, semua perkara tersebut adalah dari ketentuan Allah s.w.t jua. Dan dia suruh kita berusaha. Selepas itu saya mengajak Hj. Zul makan mee rebus di sebuah restoran berdekatan Masjid Muhammadi. Ust. Hj Zul adalah seorang ust. Tassawuf yang bagus dan seorang tabligh.Tugasnya adalah mengajar di sekitar masjid dan surau di Kelantan. Dia memakai van Mitshubishi warna hijau yang telah berumur lebih kurang 20 tahun keatas. (Saya pernah naik van tu). Aku tanya ust: "Ust. Van ni brand apa?". Ust Haji Zul kata: " Van ni jenis Mitshubishi..Van ni susah dah nk cari spare part, tapi dari saya pakai kereta kancil baik pakai van ni boleh bawa barang banyak sikit".

Gambar jamuan akiqah (Kuzi Kambing dan roti)

Tok Guru Hj Mat (Abe Haji) Pondok Berangan, Tumpat.

Tok Guru Hj Mat (Abe Haji) Pondok Berangan, Tumpat telah lama berkhidmat di pondok tersebut. Ayah ku dulu pernah menghantar ku ke pondok tersebut sejak aku berumur 12 tahun lagi. Abe Haji adalah seorang tok guru pengajian bab feqah yang tiada tolok banding nya. Ingatan nya dalam hukum-hukum feqah adalah sangat baik. Beliau juga sangat istiqomah dalam mengajar ilmu-ilmu agama di pondok tersebut. Boleh dikatakan setiap hari kelas pengajian diadakan. Apa yg menarik bila aku datang bertemu dengan nya.. selepas mencium tangannya.. dia mesti memegang dagu ku.. hehehe... dan dia selalu menyebut: "tu.. tu.. inspektor dah datang.. ". Oklah.. gambar diatas.. aku meminta bantuan Ayah Haji untuk majlis cukur rambut dan belah mulut anak ku.. seingat aku majlis itu selepas 7 hari anak ku yg kedua di lahirkan. Majlis pada pagi itu jamuan nya kambing masak kuzi dan roti.

Azan di Surau Depan Rumah Teh

Lepas makan di rumah Teh (Teh buat Lempeng Kelapa), Teh suruh aku pergi jemaah solat Maghrib di surau depan rumah dia. Teh pesan kalau seorang lelaki selagi dia dapat dengar Azan dia kena pergi berjemaah. Teh suruh aku azan kat surau tu. Teh kata: " Awang gi lah azan kat surau nu.. nanti demo dengar suara orang lain mesti ramai yang turun". Aku jawab : " hehe Teh ni.. nanti terkejut pula orang kampung..". Di takdirkan Allah, semasa aku menunggu orang azan di surau tu aku tengok seorang lelaki bergegas ke surau. Aku fikir ni mesti Tok Bilal surau ni. Aku pun bergegas juga ke surau sebab surau-surau berdekatan pun dah mula azan. Bila aku sampai je di surau (dekat je.. depan rumah Teh) aku tanya pakcik tu nak 'bang' ke? pakcik tu jawab dengan soalan :" Ohh Demo nak bang ke?" sambil dia membuka kunci surau dan pasangkan lampu. Aku jawab balik : " Emm boleh gok.. tapi lama sangat dah tak bang..". Pakcik tu tanya aku balik : "Buleh ke?" sambil dia pasangkan P.A System surau. Aku jawab : "Buleh...... ". Sebelum azan aku sempat lagi tanya kat pakcik tu : "Tok Iman mana?". Jawab pakcik : "Lepas bang nanti dia mari.. ah..". Lepas tu pakcik tu terus blah dari surau, sebab dia masih belum bersiap lagi. Apalagi Azan lah aku kat surau tu. Masin betul mulut Teh ni kan?. Lepas Azan je aku menunggu Tok Imam dan lain-lain makmum sambil belek-belek buku agama di atas meja surau. Alhamdullilah mereka datang. Selepas itu kami sama-sama Solat Maghrib berjemaah sehingga selesai. Selesai sahaja berjemaah aku pulang semula ke rumah Teh, aku tergelak-gelak bila Teh kata: " Mu bang takdi?"...

Rumah Teh

Assalamualaikum wbt. Pada petang tadi saya telah melawat Teh, ibu saudaraku di Kg. Mengabang Telong, Kuala Terengganu. Terasa lama sangat tak melawat Teh. Alhamdullilah Teh sihat adanya. Sampai sahaja di rumah Teh terasa ketenangan di jiwa ku apabila dapat mencium tangan nya. Teh kata : Doh nak balik baru sampai". Aku jawab sambil tersenyum : " Takpelah Teh, janji dapat jumpa Teh". Dahulu Teh pernah menjaga ku semasa kecil. Banyak kami bincangkan bersama perkara-perkara berkaitan agama. Teh memang seorang yang kuat berpegang teguh kepada hukum-hukum Allah. Teh juga suka baca buku berkaitan alam kubur, sakaratul maut dan fardhu ain (berulang-ulangkali dan siap tanda tempat-tempat yang menarik perhatian). Apa yang paling menarik Teh ada pesan pada ku bahawa matilah yang boleh mengingatkan kita pada Allah. Teh juga ada menceritakan tentang aktiviti usrah di kampung itu yang giat dilaksanakan. Meraka mejalankan aktiviti membaca surah Yasin dari rumah ke rumah beserta bertahlil. Dalam masa yang sama Teh pinjamkan 2 buku untuk aku baca. Pertama Alam Kubur dan yang kedua Alam Ghaib (Israk dan Mikraj). Teh pesan supaya pulangkan balik buku tu pada dia. Tersenyum aku. Aku juga pesan pada Teh supaya sentiasa doakan aku yang banyak buat dosa. Seterusnya aku memuji Teh dengan berkata : " Teh ni bagus lah..". Tersenyum Teh sambil dia menerangkan isi-isi setiap buku agama yang dibelinya.