Tok Guru Nik Aziz membaca doa kepada pasangan Pengantin Tuan Norizanman dan Isteri

 Tok Guru datang meraikan kenduri dengan minum Air sahaja.. :) foto by Pids Hz..  Ok tak gambar ni?

Tok Guru Haji Musa (Pak Su Haji) Tumpat , yang hebat


 Disini saya akan upload gambar Tok Guru Pak Su Haji... baru-baru ini saya sempat ziarah bertemu dengannya di rumah beliau.. saya dah minta izin untuk ambil gambarnya.. Seorang Tok Guru yang mempunyi Ilmu yang tinggi.. Seorang yang sangat berserah pada Allah..  pada hari berkenaan dia tolong buat air untuk aku basuh kereta.. dan dia berpesan ini adalah ikhtiar kita sahaja.. apa2 jua kita kena berserah pada Allah..

Susunan tertib fadhilat sembahyang berjemaah yang terafdhal.

Assalamualaikum.. lama sudah saya tidak kemaskini blog ini.. ok.. berkait tajuk diatas, ramai dari kita tidak tahu susunan fadhilat solat jemaah yang mana perlu kita utamakan.. ramai yang membuat andaian sendiri dengan menyatakan solat jemaah yang paling afdal ialah solat subuh berjemaah, kemudian solat asar berjemaah, selepas itu solat zohor berjemaah, kemudian solat isyak berjemaah dan yang terakhir sekali solat maghrib berjemaah.. tapi sebenarnya susunan itu adalah salah..
Disini saya sampaikan sususan tertib fadhilat sembahyang berjamaah yang terafdhal seperti berikut:

1) Berjemaah sembahyang Jumaat
2) Berjemaah sembahyang Subuh hari Jumaat
3) Berjemaah sembahyang Subuh pada hari-hari lain
4) Berjemaah sembahyang Isyak
5) Berjemaah sembahyang Asar
6) Berjemaah sembahyang Zohor
7) Berjemaah sembahyang Maghrib

Itulah sususan yang betul.. merujuk kepada Kitab Fiqh Solat.. dari kuliah Ust Ramli (Masjid Sri Cemerlang) .. Jadi beramallah kita dengan Ilmu... :)