Sedekah

Tidak akan jadi susah kita dengan bersedekah RM 10... :) tetapi janganlah sampai ke tahap nak menunjuk kerana sedekah yang terbaik adalah pada mula-mula terlintas dihati kita berapa kita nak bagi..

Ustaz Redzuan - Pengajian Tajwid dan Tafsir Al Quran di Masjid Tg. Chat

Semalam saya bersama ayah pergi mengikuti pengajian tersebut. Ayah kata Ustaz Redzuan memang hebat dari segi pegajarannya yang jelas tentang hukum-hukum tajwid dan sebutan makraj huruf-huruf didalam kitab suci Al-Quran. Bila duduk disebelah ayah menadah kitab tu, dia selalu tegur aku kenapa tak tulis apa yang ustaz sebutkan. Aku pun cepat-cepat tulis. Ustaz Redzuan adalah imam masjid Mutaqim Lundang. Best ustaz ni... (gambar dah lama ambil.. hari ni baru nak upload..)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
  2. الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,
  3. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
  4. كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah
  5. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
  6. نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
  7. الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ yang (membakar) sampai ke hati.
  8. إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
  9. فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang
-Pada malam tadi ustaz Redzuan telah menterjemahkan ayat ke 6 dan 7.. sama-samalah kita hayati ayat tu.

-Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.