Masjid Sri Cemerlang

Pengajian kitab Hidayatus Salikin oleh Ust. Sanusi. Bab Khauf  yang bermaksud takut akan Allah taala dan kelebihan takut pada Allah itu ada empat iaitu:
1) Petunjuk
2) Rahmat
3) Ilmu
4) Keredhaan

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2011/1432-1433 Hijriah bagi Malaysia

Sama-sama buat rujukan.

Restoran Manisnya Madu

Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana saya dapat kembali semula untuk mengemaskini semula blog ini. Dalam beberapa minggu ini saya kadang-kadang terfikir apakah halatuju blog ini? untuk makluman semua untuk jangkamasa yang singkat ini biarlah ianya menjadi tempat untuk saya belajar menjadi penulis. Topik pada kali ini adalah berkenaan Restoran Manisnya Madu. Restoran ini terletak di Jalan Pengkalan Chepa. Dahulunya ia adalah anak syarikat Rufaqa (Al-Arqam). Menu paling istimewa disini adalah nasi air. Restoran ini mempunyai peminat tersendiri. Pekerja di sini semua pakai kopiah. 

Masjid Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan

Hari ini ust. Nik Abdul Mutallib mengajar berkenaan bab nusuz (derhaka) seorang isteri kepada suaminya dan sifat Allah yang Maha Melihat. Ust marah kepada lelaki yang malas bekerja sedangkan isteri mencari nafkah untuk keluarga. Pengajian di Masjid ini adalah pada hari Jumaat malam Sabtu 2 minggu sekali. Aku tak mahu jadi buta...

Wallpaper PC

Ini adalah wallpaper di pc saya, tengok dan hayati, telah dilukis oleh seorang anggota polis caw. Tatatertib IPK Kelantan, dia tak suka namanya disebut-sebut.

Madrasah Kubur, Tumpat Kelantan


Boleh ikuti pengajian kitab karangan Imam Ghazali (Minhajul Abidin) yang disampaikan oleh ust. Nik Abdul Mutalib di Madrasah Kubur Tumpat tiap-tiap hari Jumaat malam sabtu 2 minggu sekali. Selalunya lepas mengajar je ada buat tahlil. Lepas tahlil ada buat jamuan ringan. Pada tarikh yg tertera di gambar tu jamuan nya roti canai. Kubur Arwah adik ku (Raihana @ Murni bt. Hamzah) ada di belakang Madrasah ni.

Lawatan ke Zoo Negara

Seronok jalan-jalan bersama famali disini sambil mengusik anak-anak heeee... tengok kakak yang pakai spek warna pink tu.. hehe..  TIEILOVEU

TIPS MENJADI PEKERJA YANG BAIK

Berikut adalah tips mudah untuk menjadi pekerja yang baik:

B - Baik hati
O - Organisasi milik ku
S  - Syukur

S - Suka menolong
A - Amanah
Y - Yang menurut perintah
A - Akhlak terpuji
N - Niat Yang Betul
G - Gila-gila kerja

Boleh diamalkan walaupun susah untuk mencapai hatta 60 %.

KATA-KATA HAMKA


Hamka, nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.

Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat,bida'ah,thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia.Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia. Sepanjang hidup beliau,Hamka merupakan seorang yang petah berpidato,berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia.

Kata-kata Hamka :
Sewaktu kamu dilahirkan semua orang gembira, kecuali kamu menangis.

Aquarium


Aquarium apabila berada didalam rumah adalah sungguh menarik dan boleh melapangkan fikiran. Mengambil keberkatan di bulan ramadhan ini, satu aquarium telah pun siap untuk dijadikan tempat menangkan fikiran. Pada hari ini genaplah 7 hari aquarium ini di 'bina'. Syukur pada Allah. Tiada lagi tambahan ikan dan barang hiasan, cuma nak kena rajin selenggara sahaja.

BABA ABDUL AZIZ

Baba Abdul Aziz, seorang ulama yang menjadi rebutan setiap insan yang dahagakan ilmu dan nasihat, setiap tutur kata mu adalah seperti mutiara di lautan, tingkah laku mu adalah contoh yang terbaik, ilmu dan pengalaman mu tiada tandingan, bimbing lah aku wahai guru.


Pesan Baba :
Bila kita telah dimamah usia, usahlah lah kita menambah masalah yang ada, tumpukanlah kepada beribadat kepada Allah.